Jumaat, 15 Februari 2008

Anna Ni Issho Datta No Ni


ANNA NI ISSHO DATTA NO NI
(WE WERE SO CLOSE TOGETHER)

“Petang nie, lu datang arr rumah gua. Gua ada benda special nak bagi kat lu.” Faritza menjemput Syakar.
“Lu nak bagi apa hari nie? Biskut lagi ek?” Syakar meneka. Faritza menggeleng lantas tersenyum kambing.
“Hah, gua tau. Senyum-senyum camni mesti nak rahsia-rahsia nie. Perangai lu langsung tak berubah dari dulu sampailah sekarang.” Syakar mengeluh.
“Ala, jangan arr marah. Lu makin hensem la gua tengok bila lu marah-marah camni.” Faritza cuba membodek.
“Nak bodek la tue. Benci betul.” Syakar membuat suara seperti pondan. Faritza ketawa.
“Lu kan, sebijik cam jiran sebelah rumah gua yang umur 5 tahun. Kuat merajuk.” Faritza menekup mulutnya kerana ingin menahan tawanya.
“Apa? Lu bandingkan gua dengan budak kecik? Umur 5 tahun pulak tue. Sampai hati lu,” Syakar memuncungkan mulutnya.
“Mulut lu tue macam mulut itik la. Panjang sangat,” Faritza ketawa berdekah-dekah.
“Lu tak habis-habis nak ngata gua. Gua malas arr nak pergi rumah lu petang nie.” Syakar seakan-akan merajuk.
“Bukan ngata, ngutuk je.” Faritza tersengih-sengih. Syakar lantas bangun dari tempat duduknya dan ingin melangkah keluar dari kelas itu. Dia sengaja lakukan demikian sebab dia ingin Faritza memujuknya.
“Ala, Kar. Jangan la camni. Gua gurau jek, beb.” Faritza berasa serba salah apabila melihat Syakar ingin melangkah pergi. Syakar memusingkan kepalanya dan tersengih-sengih memandang Faritza.
“Hah, camtu arr gua nak. Gua suka arr bila lu pujuk-pujuk gua pastu cakap lembut-lembut dengan gua. Hehehe…” Syakar ketawa.
“Lu nie, jangan la cakap camtu. Meremeng bulu roma gua. Nak feeling-feeling pun jangan dengan gua yek.” Faritza berkata seolah-olah mengugut.
“Ala, gua pun bergurau jek. Jangan arr ambik hati ye, darling.” Syakar tak henti-henti menyakat Faritza. Faritza membesarkan matanya macam harimau yang nak terkam mangsanya apabila mendengar perkataan ‘darling’ yang keluar daripada mulut Syakar.
“Okey…okey…Gua tak buat lagi. Tapi, lu jangan arr buat mata camtu lagi. Takut gua.” Syakar menjawab terketar-ketar.
“Tau takut. Eh, lu jangan lupa ajak Afif sekali, tau. Gua tak nampak pun kelibat dia dari tadi lagi.” Faritza terus menuju ke tempat duduknya semula apabila melihat kelibat cikgu yang ingin masuk ke dalam kelas. Syakar pulak cecepat berlari keluar dari kelas Faritza.
  
“Yo, wassup?” Syakar berkata setelah ternampak kelibat Faritza di dalam rumah.
“Yo…yo…Nak main yoyo,” kata Afif pula sambil membuat pergerakan seperti ‘rappers’.
“Apa-apa hal pun, kalau datang rumah orang, bagi arr salam dulu.” Faritza memberi peringatan.
“Oops…lupa pulak. Assalamualaikum, cik intan payung. Boleh ‘abang berdua ‘ nie masuk?” Syakar dan Afif berkata dalam gurauan.
“’Abang’? Uhuk..uhuk…Sampai terbatuk-batuk gua nak menyebutnya.” Syakar dan Afif tidak mempedulikan omongan Faritza. Mereka terus membuka kasut dan ingin melangkah masuk ke dalam rumah.
“Hey…hey…Sape suruh masuk? Gua tak cakap pun boleh masuk. Korang duduk kat kerusi di luar tue. Tunggu gua bawakkan something untuk korang.” Faritza mengarahkan mereka berdua.
“Teruk arr lu. Gua dah bukak kasut. Takkan nak kena duduk kat luar jugak?” Afif mengeluh.
“Itu sebagai denda sebab korang tak bersopan bila datang rumah gua dan sebab korang tak endahkan apa yang gua cakap tadi.” Faritza memberi nasihat. Faritza terus masuk ke dalam rumah.
“Kecoh arr minah tue.” Syakar berasa tidak puas hati. Tetapi mereka bedua tetap melangkah ke arah kerusi yang ditunjukkan oleh Faritza tadi. Tak lama kemudian, Faritza datang sambil menjinjing sesuatu.
“Tak sangka pulak korang reti buat gaya ala-ala ‘rappers’. Setahu gua, korang tak layan rap-rap nie. Sejak bila ubah angin?” Tanya Faritza secara tiba-tiba.
“Astaghfirullahal’ azim. Terkejut gua. Lu jangan arr muncul tetiba macam hantu.” Afif berisytifar.
“Entah…Gua pun terkejut jugak. Lain kali kalau datang, bagi apa?” Tanya Syakar.
“Bagi salam,” jawab Faritza. Dia tersipu-sipu malu mendengar peringatan daripada Syakar.
“Betul tue. Gua nak kutuk seseorang nie pun terencat bila lu tetiba muncul macam hantu,” sokong Afif.
“Apa denda kita nak bagi dekat Far nie?” Syakar tersengih-sengih memandang Afif.
‘Nak denda? Alamak, kantoi la aku camni. Diorang nie dah la jenis suka mengenakan orang. Mesti teruk aku terkena.’ Faritza berbisik di dalam hati.
“Okey…okey…Gua salah…Gua bagi salam ye? Assalamualaikum, okey puas hati tak?” Faritza gelisah apabila mendengar kata-kata Syakar sebentar tadi.
“Kitorang tak puas hati lagi. Kitorang nak bagi lu denda. Nak denda apa ek?” Afif berfikir. Syakar membisikkan sesuatu di tepi telinga Afif. Afif hanya mengangguk-angguk sahaja tanda setuju.
‘Habislah aku…Habislah aku…Habislah aku…Habislah aku…’ Faritza berbisik lagi setelah melihat Syakar berbisik pada Afif dan mereka berdua tersenyum-senyum. Muka Faritza bertukar pucat. Faritza teramat takut.
“Okey, kitorang dah decide. Denda kitorang ialah…” Syakar terhenti. Faritza tersengih-sengih menahan takut. Tiba-tiba, Faritza terasa pandangan matanya kelam dan akhirnya gelap.
“Faritza! La…dia pengsan pulak. Afif, lu tolong ambik air. Gua nak renjis kat muka Far nie.” Syakar mengarah. Afif cepat-cepat berlari ke arah paip dan menyerahkan semangkuk air pada Syakar. Syakar merenjis-renjiskan air di muka Faritza. Faritza mula menggerakkan matanya.
“Faritza! Faritza!” Syakar memanggil-manggil nama Faritza. Faritza terjaga.
“Kar, kenapa muka gua basah? Apesal gua terbaring nie.” Faritza bertanya lantas dia bangun.
“Lu pengsan tadi. Tak sangka pulak gua lu takut dengan denda kitorang. Gua dengan Afif cuma bergurau jek. Lu boleh pengsan pulak dengan gurauan gua. Tak sangka betul.” Syakar berkata dengan panjang lebar.
“Gua bukan takut. Gua cuma…” Faritza tak sempat menghabiskan ayatnya yang terakhir itu kerana dipotong oleh Syakar.
“ Lawak la lu. Lepas nie, gua tak nak arr buat gurauan macam tadi. Nanti tak memasal lu pengsan lagi. Fuh, gua tobat dah.” Syakar mengesat dahinya kerana berpeluh akibat cemas apabila Faritza pengsan tadi.
“Kitorang sebenarnya nak lu letak dan tunjukkan apa yang lu pegang dari tadi tue. Mesti makanan kan? Cepat arr. Gua dah lapar nie. Tak sesabar nak melantak makanan free.” Afif menyambung semula percakapan Syakar yang terputus sebelum Faritza pengsan tadi.
“Alamak, mana kek gua? Dah habis terjatuh masa gua pengsan tadi ke?” Faritza kelam kabut.
“Oh, benda yang lu rahsia-rahsia sangat tue rupa-rupanya kek? Yes! Tembelang lu dah pecah.” Syakar tersenyum gembira. Faritza menepuk dahi di atas kecuaiannya sendiri.
“Amboi…Rahsia betul. Nasib baik arr gua buat lu pengsan tadi, kalau tak, sampai tahun bila la lu nak tunjuk benda yang lu rahsia sangat tue.” Syakar memerli. Faritza tersengih-sengih sehingga ternampak giginya yang putih bersinar itu. Faritza melangkah ke arah meja setelah Afif memberitahu kek itu berada di atas meja.
“Woi, apa nie? Silau arr…Jangan arr sengih-sengih over sangat sampai silau mata gua. Mentang-mentang arr gigi tue putih bersinar macam cermin. Lu ingat lu tengah shooting iklan Colgate ke?” Afif memarahi Faritza.
“Aik? Korang tak nak denda gua? Fuh, nasib baik.” Faritza menarik nafas lega.
“Nasib lu baik hari nie. Sebab lu pengsan la gua tak jadi nak denda lu. Kalau kena denda kitorang tadi, memang merana seumur hidup lu.” Syakar mengusik.
“Sampai bila korang nak berchit-chat? Gua dah lapar tahap kritikal nie. Cuak la lu.” Afif merungut-rungut.
“Okey…okey la. Tak nyempat-nyempat betul. Dalam perut lu tue ada hantu raya ke? Nak makan sesaje.” Faritza mula memotong kek itu.
“Nah, melantak la pepuas.” Faritza menghulurkan kek yang telah dipotong kepada Afif dan Syakar. Afif tersengih-sengih.
“Thanks, Faritza.” Syakar dan Afif berterima kasih. Muka mereka kelihatan gembira semasa makan kek tersebut.
“Gua tahu korang suka sangat kek coklat sebab itu la gua buatkan khas untuk korang walaupun ini first time gua buat kek. So, kalau tak sedap, sorry la ek.” Afif mengangkat tangannya secara tiba-tiba. Faritza kehairanan.
“Hmm…kenapa?” Faritza mengerutkan mukanya.
“Nak tanya sikit, boleh tak?” Pandangan mata Afif melilau mencari sesuatu.
“Hek eleh, lu ingat nie dalam kelas ke? Bila nak tanya, kena angkat tangan.” Faritza sempat lagi memerli.
“Haah kan? Apa arr gua nie. Bijak…bijak…” kutuk Afif pada dirinya sendiri.
“Kerek la lu.” Faritza mengutuk.
“Lu nak suruh gua minum air longkang ke? Takde setitik air pun kat atas meja nie.” Afif menunduk dan memandang ke arah meja.
“Hihihi…gua lupa…” Faritza terus melangkah dengan perasaan malu masuk ke dalam rumahnya. Sepuluh minit kemudian, Faritza melangkah keluar membawa tiga biji mangkuk yang berisi sesuatu.
“’Menatang’ apa nie?” Afif membelek-belek mangkuk yang berada di hadapannya.
“Nie la yang dinamakan ‘ice-blended’. Gua buat special untuk korang.” Faritza berkata dengan ceria.
“Lu kata lu buat ‘menatang’ nie untuk gua dengan Syakar je kan? Tapi, apesal ada tiga mangkuk? Lu nak bagi gua dua mangkuk ek?” Afif tergelak.
“Jangan perasan. Dah tentu la lagi satu tue untuk gua. Lu ingat gua nie robot ke? Takde nak minum-minum ke apa?” Faritza membalas.
“Apesal lama sangat lu buat benda nie? Gua ingatkan lu dah pengsan lagi sekali. Risau gak gua.” Afif risau.
“Ice blended nie pun gua baru first time buat. Sebab tue arr lambat. Sorry sebab risaukan lu.” Faritza tersengih lagi.
“Apa la lu. Buat gua risau jek. Lain kali ajak la gua sekali tolong buat. Boleh gak gua practise sendiri kat rumah bila dah tau resepinya,” gurau Afif sambil mengunyah kek yang berada di tangannya.
“Nak buat sendiri? Eleh, betul sangat la tue. Lu mana pernah jejakkan kaki kat dapur rumah lu. Lagipun, lu kan ada orang gaji, suruh je arr orang gaji rumah lu tue yang buatkan. Apa susah?” Pandangan mata Faritza terus beralih ke arah Syakar. Faritza mendekatkan mukanya pada Afif.
“Lu tau tak? Ada sorang mamat ni kan, dia makan sampai tak ingat dunia. Tak peduli dah orang kiri kanan dia.” Faritza berbisik pada Afif. Afif dapat mengagak siapakah gerangan orang yang diperli oleh Faritza itu. Dia pun terus memandang ke arah Syakar.
“Woi, agak-agak arr makan tue. Sampai tak ingat dunia. Macam dah tersesat kat dunia lain. Langsung tak ingat orang kiri kanan,” sergah Afif pada Syakar.
“Opocot datuk nenek lu,” Syakar terkejut setelah disergah oleh Afif. Faritza dan Afif ketawa mendengar Syakar melatah.
“Tak sangka ek, orang lelaki dan muda macam lu pun melatah. Setahu gua la, orang perempuan dan tua yang melatah. Siap datuk nenek gua pun lu sebut,” usik Afif lagi.
”Apehal korang sergah-sergah gua? Gua dah arr tengah menikmati kek buatan Malaysia nie.” Syakar menjawab tanpa mempedulikan usikan Afif.
“Eh…eh…Lu silap arr. Kek tue bukan buatan Malaysia tapi buatan gua. Hahaha…” kata Faritza dengan angkuh dan dia ketawa ala-ala orang jahat yang baru lepas bunuh orang.
“Eleh, mentang-mentang arr gua puji-pujian kek lu. Lu terlebih riak pulak. Malas arr gua nak puji lelebih lepas nie. Gua nak kutuk-kutuk dan terus kutuk. Amacam, best tak?” Syakar menyakat Faritza.
“Ala, jangan arr camtu. Gua nak riak sikit pun lu tak kasi. Lu dah bantutkan perasaan riak gua arr. Boring betul.” Faritza memuncungkan mulutnya ala-ala Nobita bila merajuk.
“Wei, Far. Lu perasan tak? Sekarang nie, ada makhluk lagi seekor yang tengah berkhayal kat dunia lain bila dah ‘terkena’ kek lu. Tengok tue.” Syakar memuncungkan mulutnya ke arah Afif. Faritza terus mengalihkan pandangannya ke arah Afif.
“Korang nie, asyik makan, makan, makan je. Berat badan tak bertambah pun. Eh, best sangat ke kek yang gua buat tue sampai bila dah makan, dah tak berpijak kat bumi yang nyata.” Faritza hairan la jugak.
“Memang best kek lu. Gua dah tangkap leleh bila tak dapat rasa masakan lu. Kira macam dadah arr. Bila dah terkena, asyik nak, nak, nak je.“ Syakar berkata dengan bersungguh-sungguh.
“Gua nak ‘ganggu’ khayalan Afif tue arr.” Syakar tersengih. Faritza menggelengkan kepalanya.
“Hoi, dah tinggal berapa cebis kek tue?” Syakar mengejutkan Afif.
“Opocot…Dragon Ball ada tujuh bijik semuanya.” Kini giliran Afif pula yang melatah.
“Hey, gua bukan tanya Dragon Ball ada berapa bijik, gua nak tau tinggal berapa cebis lagi kek tue?” Syakar menyakat Afif pula.
“Hei, lu jangan arr nak sergah-sergah gua macam tadi. Kalau tak, nahas lu.” Afif mengerutkan mukanya tanda marah dengan gurauan Syakar.
“Hu…takutnya!!” Syakar mengejek. Afif bangun dan memandang tajam ke arah Syakar.
“Okey…okey…Cool down, brother. Gua bergurau tadi. Lu pun ada sergah gua tadi, jadi nie kiranya balas dendam gua untuk lu arr. Sekarang, dah kosong-kosong. Jadi, jangan balas-balas dendam dah lepas nie.” Syakar cuba menyejukkan hati Afif. Faritza tersenyum sahaja melihat gelagat Afif dan Syakar. Dia sudah terbiasa dengan perangai Syakar dan Afif yang suka bergaduh. Tapi, mereka tetap berkawan baik walaupun mereka macam anjing dengan kucing.
“Tak sangka betul gua. Korang dua-dua kuat melatah. Eee…takut arr gua nak sergah-sergah korang.” Faritza mula berbicara setelah puas ketawa.
“Actually, gua bukannya kaki melatah. Tapi, kejadian ini berlaku secara tidak disengajakan. Jadi, kita tak boleh menahan takdir tuhan, kan?” Syakar berfalsafah. Afif mengangguk kerana bersetuju dengan kata-kata Syakar.
“Hek eleh, takdir tuhan konon. Nie mesti nak cover malu. Sebab tue arr cakap camtu.” Faritza memerli.
“Tau takpe.” Syakar dan Afif menjawab serentak.
“Korang belum jawab lagi persoalan pertama gua tadi.” Faritza bertanya kembali.
“Lu tanya apa ek? Oh, yang pasal ‘rappers’ tue?” Syakar bertanya. Faritza mengangguk laju.
“Sebenarnya, kitorang bukannya minat pun rap-rap nie. Tapi, kitorang selalu nampak orang buat camtu. So, kitorang pun ikut je la. Kan sekarang nie zaman ‘rap’. Kena la mengikuti perkembangan semasa jugak walaupun tak minat.” Selamba sahaja Afif menjawab. Syakar mengangguk-angguk.
“La…camtu pulak?” Faritza bertanya dengan penuh kehairanan.
“Ye arr.” Syakar pula menjawab. Mereka bertiga terus menyambung makan kembali setelah tiada apa lagi yang perlu dibincangkan.
 
‘Oh Farzami. Tengok arr sini. Aku nak buat ‘peace’ kat kau.’ Faritza hanya memandang Farzami yang berada di meja depan sekali. Sebenarnya, Faritza sudah jatuh hati pada Farzami. Dia mengimbas kembali peristiwa ‘itu’.

“Farzami, mana buku teks awak?” Tanya Cikgu Shahirol apabila melihat tiada sebarang buku di atas mejanya.
“Sa…saya…tak…err…maafkan saya, cikgu. Saya terlupa bawak buku teks.” Farzami meminta maaf.
‘Mana pulak buku aku nie? Tadi ada je. Tetiba je hilang. Takkan buku pun pandai buat magic?” Farzami bermonolog dalam hati.
“Lain kali, saya tak nak terima alasan itu lagi.” Cikgu Shahirol mengingatkan Farzami.
“Baik, cikgu. Maafkan saya.” Farzami menarik nafas lega kerana tidak dimarahi oleh Cikgu Shahirol.
“Ada sesiapa yang ingin meminjamkan buku pada Farzami?” Cikgu Shahirol bertanya kepada para pelajar. Faritza pantas mengangkat tangannya. Faritza terus bangun dan memberi ‘bukunya’ pada Farzami. Faritza tersenyum penuh makna.
“Baik sungguh hati awak, Faritza. Awak boleh kongsi buku dengan rakan awak, ye.” Cikgu Shahirol memuji.
“Takdelah, cikgu. Biasa je.” Faritza merendah diri. Faritza terus kembali ke tempat duduknya.
“Baik, semua. Buka mukasurat 27.” Arah Cikgu Shahirol.
“EH, aku macam kenal je cara balutan buku nie.” Farzami terus membelek-belek senarai nama peminjam buku teks pada kulit hadapan buku tersebut. Dia terkejut melihat nama itu kerana nama di buku itu adalah namanya dan sudah pastilah buku itu adalah hak miliknya.
“Kurang asam punya Faritza. Dia kenakan aku. Jagalah kau!” Muka Farzami menjadi merah kerana menahan marah.
  
“Ada berita panas tak hari nie?” Syakar bertanya dengan ceria.
“Ada…” Faritza tersengih.
“Jom arr gi kantin. Kita bercerita tentang gosip-gosip panas.” Afif pula yang menyampuk.
“Korang pergi arr dulu. Gua nak beli something kat koop. Nak meraikan sesuatu.” Faritza terus melangkah menuju ke koperasi sekolah. Faritza bernyanyi-nyanyi kecil.
‘Jumpa pun kau.’ Farzami terus menuju ke arah Faritza.
“Faritza, tunggu.” Farzami memanggil Faritza.
‘Alamak! Farzami la. Mampus aku. Mesti dia nak balas dendam kat aku.’ Faritza merasakan bahawa degupan jantungnya menjadi semakin laju apabila melihat Farzami menghampirinya.
“Kenapa?” Faritza cuba memberanikan diri untuk berhadapan dengan Farzami.
“Aku nak tanya sikit, kenapa kau malukan aku tadi?” Farzami bertanya setelah dia berada betul-betul di hadapan Faritza.
“Suka hati…” Faritza belum sempat menghabiskan percakapan kerana dia tersepak batu dan………
‘Aik? Apesal aku tak jatuh? Bukan sepatutnya aku jatuh ke kalau dah tersepak batu yang besar? Tapi, apesal aku tak jatuh? Pelik betul.’ Faritza tertanya-tanya.
“Hei, lain kali hati-hati la sikit. Menyusahkan aku betul.” Farzami melepaskan pelukannya.
‘La…patut arr aku tak jatuh. Rupa-rupanya Farzami dah sambut aku sebelum aku sempat melantak rumput kat bawah. Fuh, nasib baik betul.’ Faritza berkata di dalam hati. Dia rasakan ada satu perasaan aneh yang mencengkam hatinya ketika dipeluk sebentar tadi.
“Hei, kau tak pape ke?” Farzami menggoyang-goyangkan badan Faritza apabila melihat gadis itu tidak memberikan sebarang respon selepas dia melepaskan pelukannya. Faritza tersedar semula. Fikirannya melayang entah ke mana sebentar tadi.
“Gua…gua…okey je…” Faritza tersenyum lebar.
“Terima kasih arr sebab selamatkan gua. Kalau jatuh tadi, mesti gua dah kenyang makan rumput.” Faritza cuba membuat lawak. Farzami hanya ketawa mendengar kata-kata Faritza itu.
“It’s okay. Lain kali awak berhati-hati la sikit.” Nada dan gaya percakapan Farzami terus berubah apabila melihat Faritza tersenyum dengan gembira.
“Pasal buku teks tadi, gua mintak maaf ek. Takkan lu tak tau perangai gua. Semua orang gua sakat. Takde sorang pun yang terlepas.” Faritza meminta maaf. Apa dah jadi nie? Faritza mintak maaf? Oh, my god! Ini satu kejutan! Orang yang suka menyakat macam Faritza nie reti ke mintak maaf? Pelik…pelik…
“Okay arr gua chow dulu.” Faritza cepat-cepat berjalan meninggalkan Farzami yang terpinga-pinga mendengar ucapan maaf daripada Faritza.
  
“Far, come here.” Syakar cepat-cepat memanggil Faritza setelah melihat Faritza datang ke kantin itu. Faritza berjalan lambat-lambat menuju ke arah Syakar dan Afif.
“Far, cepat arr sikit. Gua tak sabar-sabar nak dengar gossip panas yang lu cakap tadi. Gua nak hangatkan suasana yang tersedia hangat di sini.” Syakar kelihatan tidak sabar-sabar. Faritza teringat kembali peristiwa ketika dia diselamatkan oleh Farzami sebentar tadi.
“Alamak! Gua dah lupa arr. Sorry ek.” Faritza menepuk dahinya. Sebenarnya, Faritza tidak mahu memalukan Farzami. Bukannya dia lupa pun. Tapi, kenapa Faritza tak nak memalukan Farzami? Sebab…Faritza dah mula jatuh hati pada Farzami.
“La…apa lu nie? Kejap sangat lupanya.” Syakar memerli Faritza.
‘Sorry arr geng. Gua dah suka kat Farzami. So, gua tak sanggup nak malukan dia lagi.’ Faritza berbisik-bisik di dalam hati.

“HOI!” Syakar menepuk meja setelah menyergah Faritza.
“Opocot…opocot…” Faritza melatah. Dia terus tersedar dari lamunannya apabila disergah dengan sedemikian rupa.
“Wow, dahsyat arr lu. Dah arr melatah, siap double lagi tue. Kalah gua dan Afif punya latah.” Syakar memerli sambil tersengih.
“Lu nie, buat terkejut gua jek. Gua tengah layan blues tadi. Kacau betul.” Faritza merungut-rungut.
“Blues apa yang lu tengah layan tue? Gua tengok dari tadi lagi lu tersengih sorang-sorang. Pastu lu pandang ke arah depan. Lu tengok sape?” Syakar terus memandang semula ke arah tempat yang dipandang oleh Faritza tanpa berkelip sekejap tadi. Dia memikirkan sesuatu.
“Oh, gua tau. Tue tempat Farzami, kan? Wow, sejak bila lu dah tangkap jiwang dekat mamat poyo tue?” sempat lagi Syakar mengutuk.
“Mana ada. Tue bukan tempat Farzami arr.” Faritza berdalih.
“Eh, lu jangan nak kelentong gua. Walaupun gua bukan penghuni kelas nie, tapi gua tau arr tempat mamat tue. Lu jugak yang tunjuk kat gua masa kita kenakan dia dulu-dulu.” Syakar berkata lagi.
‘Alamak, kantoi!’ Faritza berpeluh-peluh.
“Wei, bila lu sampai kelas gua nie? Lu nak ajak gi rehat ke? Jom arr gi rehat. Mana Afif? Tak datang ke?” Bertubi-tubi soalan Faritza ajukan pada Syakar bagi mengubah topik perbualan tadi.
“Hah, nie mesti nak cover malu. Sebab tue arr tukar topik. Gua dah sampai lama dah. Lu je yang tak perasan. Mana nak sedar gua ada depan mata lu kalau lu sibuk tengok buah hati pengarang jantung pisang lu…keh…keh…keh…” Syakar mengejek.
“Lu jangan memain dengan gua ek. Lu nampak tak tong sampah tue? Karang tak pepasal lu yang ada dalam tong sampah tue. Dah gua cakap tak suka, tak suka la.” Faritza resah gelisah.
“Huhuhu…takutnya!” Syakar membuat riak muka seolah-olah orang yang dalam ketakutan.
“Afif mana? Tak nampak pun,” tanya Faritza.
“Dia tak datang arr. Gua rasa, dia dating kat memana padang bola dengan Adeefa kot. Sebab Adeefa pun tak datang gak.” Syakar mengagak-agak.
“Hah, Adeefa? Adeefa yang satu geng dengan Farzami tue?” Faritza kehairanan.
“Ye arr. Lu tak tau ke? Dia dah lama tangkap cintan dengan minah bola tue.” Syakar berkata lagi.
“Adeefa tue, minah bola? Hmm…memang sepadan la diorang berdua tue. Boleh lu story sikit kat gua camner diorang boleh makan mee cintan. Eh, silap…tangkap cintan,” Faritza mendesak.
“Lu tak tau? Kesian lu. Sebenarnya, camni…” Syakar pun mula bercerita.

“Kar, jom arr teman gua gi tengok bola kat stadium. Gua dah lama nak tengok Perak lawan Kedah. Ini la waktu yang paling sesuai sementara mak dengan ayah gua takde. Selalu tue, gua tengok dalam tv je sebab mak ayah gua tak bagi pergi.” Afif merayu.
“Ala, lu tengok je arr dalam tv. Itu pun susah ke?” Syakar berkata dengan malas.
“Mak ayah gua takde masa tue. Itu je arr peluang untuk gua saksikan sendiri perlawanan bola sepak depan mata gua. Gua belanja lu kalau lu teman gua.” Afif seolah-olah memberi rasuah.
“Okey arr. Bila?” Syakar bertanya dengan malas.
“Sabtu nie.” Afif berkata dengan bersemangat.
“Alamak, Sabtu nie gua nak gi dating arr. Sorry…” Syakar memohon maaf.
“Dating? Dengan sape? Batalkan je arr.” Afif berasa marah.
“Dengan Syania arr. Batalkan? Tak boleh…tak boleh…kitorang memang setiap 27hb akan pergi dating sempena hari kekasih kitorang.” Syakar berasa gembira.
“Lu bawak je arr Syania tue dating dengan gua sekali. Biar arr tempat dating korang special sikit kali nie. Dekat stadium bola.” Afif berkata serius.
“Lu gila ke? Ada ke dating kat stadium. Apa class? Gua nak ajak dia gi Sepang la,” ceria sahaja bunyi nada percakapan Syakar.
“Lu lagi gila. Ada ke dating kat Sepang. Jauh tue…” Afif seakan akan tidak percaya.
“Well, biasa je. Sorry gua tak boleh teman lu.” Syakar memohon maaf sekali lagi.
“Huhuhu…takpe…takpe…lu bukan kawan gua…” Afif sedih apabila ajakannya ditolak oleh Syakar.
  
‘Alamak! Apesal gua beli dua tiket nie? Ish, bodoh betul!!! Apa gua nak buat dengan satu lagi tiket nie? Dah arr Si Kar tue takde.’ Afif merungut-rungut di dalam hati.
‘Ala, tiket dah sold out. Camner aku nak tengok bola nie?’ Adeefa berasa kecewa.
“Adeefa…..”Panjang sahaja nada yang dipanggil oleh Afif. Adeefa lantas menoleh ke arah Afif dan berjalan menuju ke arahnya.
“Hai, awak buat apa kat sini?” Adeefa bertanya dengan lembut.
“Entah…memancing ikan kot…” Afif berkata selamba sahaja.
“Iye? Berapa ekor awak dapat?” Adeefa memerli.
“Baru seekor.” Afif tersengih.
“Oh, seekor. Kesian…Boleh saya tau ikan jenis apa yang awak dapat tangkap tue?” Adeefa memerli lagi.
“Saya tak tau ikan tue jenis apa. Tapi, nama ikan tue, saya tau la. Nama dia Adeefa.” Afif ketawa.
“Ceh, awak memainkan saye ye? Takpe…takpe…” Adeefa mencebik.
“Saya gurau jek. Saya nak tengok bola arr kalau kat stadium nie. Tapi, terlebih beli tiket la pulak.” Afif menggelengkan kepalanya setelah menyedari sikap cuainya itu.
”Ye ke? Memang bertuah saya hari nie. Saya nak beli satu tiket kat awak tue.” Adeefa kembali ceria.
“Tiket nie? Hmm…awak ambik je arr. Saya bagi free je. Tapi, sanggup ke awak duduk sebelah saya? Tengok kat tiket tue ada tulis No. 81 dan No.82. Takpe ke?” Afif tersengih lagi.
“Takpe. Yang penting, saya dapat tengok bola.” Adeefa betul-betul gembira.
“Kalau camtu, awak terus je arr berdua dengan saya selama-lamanya.” Afif berkata dengan berani.
“Boleh jugak.” Adeefa membalas dengan malu-malu.

“Hah, camtu arr cerita kisah percintaan diorang yang gua tahu.” Syakar menamatkan ceritanya.
“Gua nak tanya, lu dengan Syania pulak, apa citer? Korang couple ke?” Faritza tersengih-sengih.
“Lu tak tau ke?” Tanya Syakar kembali pada Faritza. Faritza menggeleng dengan cepat.
“Lu memang katak bawah tempurung arr,” sempat lagi Syakar memerli.
“Hei, korang yang tak bagitau love story korang. Camner gua nak tau. Apa arr…” Faritza membidas.
“Lu nak tau ke love story gua?” soal Syakar. Faritza mengangguk macam burung belatuk.
“Biarlah rahsia…” Syakar menyanyi ala-ala Siti dan terus berlalu pergi.
‘Kurang asam. Dia nak blah camtu je?’ Faritza bengang.
“Hei, kata nak makan. Jom arr.” Faritza menjerit.
“Lu tak dengar ke? Loceng dah bunyi arr. Leka bercerita sampai tak dapat makan.” Syakar terus menuju ke kelasnya setelah berkata demikian.
  
“Dengar citer, lu gi tengok bola. Pasukan mana yang menang?” Faritza bertanya pada Afif.
“Gua hari-hari tengok bola. Main bola, tidur bola, makan bola…Bola yang mana satu yang lu nak tau?” gurau Afif.
“Bijak…bijak…Otak lu letak kat mana? Kat bola jugak ke? Gua tanya lain, lain pulak yang lu jawab.” Faritza memerli.
“Otak gua ek? Gua letak kat mana ye? Hmm..jap nak pikir.” Afif mengusap-usap dagunya.
“Malas la nak layan orang yang mereng macam lu nie.” Faritza terus melangkah pergi.
“Itza, nanti arr dulu. Gua gurau jek tadi. Lu nie, moody la.” Faritza tersenyum dan terus berpatah balik ke arah Afif.
“Apekehal nie? Kejap moody, kejap happydy. Eh, ada ke perkataan tue? Ah, hentam je la.” Afif membuat lawak.
“Lu kalau tak buat lawak 24 jam, tak sah ke? Tak penat ke jadi badut 24 jam?” sela Faritza.
“Tak, seronok lagi ada arr.” Selamba je Afif menjawab.
“Kalau camtu gua panggil lu ‘badut’ la ye?” Faritza mengejek.
“Gua nak panggil lu apa ek? Moody…happydy…Moody-happydy…Happydy-moody…Moody-happydy…Ah, gua hungry sekarang nie. Gua nak menambahkan berat badan. Jom, gi melantak, moody-happydy.” Afif pula yang mengenakan Faritza. Afif terus berjalan menuju ke arah kantin.
‘Sempat lagi dia buat lawak dalam keadaan lapar-lapar nie.’ Faritza tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepala. Tiba-tiba, dia teringat sesuatu. Faritza menarik tangan Afif.
“Hoi, apa pegang-pegang nie? Habislah tangan gua. Lepas nie, gua nak bubuh antibiotik la kat tangan gua nie.” Afif menarik tangannya kembali.
“Melampau giler lawak lu. Lu ingat gua nie kuman ke?” Faritza memasamkan mukanya.
“Ala, gua gurau jek. Senyum la sikit. Smile…” Afif tersenyum lebar. Faritza tersenyum melihat Afif yang tersenyum sampai ke telinga.
“Ha…camtu la. Bukankah senyuman itu adalah satu amalan yang mulia?” Afif mengajuk percakapan Saiful Apek seperti yang selalu disiarkan dalam iklan di televisyen.
“Gua nak tergelak tengok lu senyum sampai ke telinga.” Faritza tersenyum-senyum lagi.
“Ye ke? Besar sangat ke mulut gua nie sampai lu nampak gua senyum sampai ke telinga?” Afif memegang mulutnya.
“Itu perumpamaan je la. Cikgu BM lu tak ajar ke?” perli Faritza.
“Entah…Tapi, senyum kambing ada pernah cakap arr. Gua tak pernah pulak nampak kambing senyum. Ke cikgu tue buat perumpaan yang salah.” Afif menggaru-garukan kepalanya.
‘Ish…ish…ish…Lembap rupanya kawan aku yang sorang nie.’ Faritza sempat lagi mengutuk Afif.
“Woi, badut vs FIFA. Gua nak tau pasukan mana yang menang masa lawan bola hari tue? Yang masa lu gi tengok kat Stadium Bukit Jalil tue.” Faritza mula mengubah topik.
“Wah, lu panggil gua FIFA. Terharunya gua,” mata Afif berkaca-kaca.
Malas betul gua nak cakap dengan mamat badut nie. 24 jam tak pernah nak berpijak kat alam nyata. Dah la, gua chow dulu.” Faritza ingin melangkah pergi.
“Eh, nanti la dulu, moody-happydy. Lu kata apa tadi? Lu nak tau pasal perlawanan bola sepak Perak dengan Kedah tue kan?” Tanya Afif seakan-akan tidak percaya. Faritza mengangguk-angguk.
“Hahaha….” Afif ketawa besar.
“Woi…woi…Apehal lu ‘hahaha’ plak? Gua nak tau sape yang menang. Bukannya nak dengar lu ‘hahaha’ kat sini.” Faitza berasa geram.
“Lu nie duduk kat zaman mana? Zaman batu ke atau zaman dinasour? Ataupun lu nie macam katak bawah tempurung. Hanya tau panggil hujan je. Ong…ong…” Afif mengejek sambil membuat bunyi katak.
“Gua fed-up dengan lu. Daripada tadi gua tanya, lu tak habis-habis nak buat lawak antarabangsa. Kalau banyak sangat idea-idea lawak tue, pergi la derma sikit idea tue kat Majalah Ujang. Baru la orang hargai sikit.” Faritza menjadi berang.
”Okey, okey, sekarang gua serius. Papepun, jom kita bercerita di balai. Alamak, tersasul pulak. Jom kita bercerita kat kantin. Perut gua dah nyanyi macam-macam lagu daripada tadi lagi.” Faritza dan Afif akhirnya melangkah menuju ke kantin.
  
“Perlawanan bola sepak tue, sebenarnya…huhuhu…” Afif membuat muka seakan-akan ingin menangis.
“Pasukan yang gua bet, kalah teruk. Sedih gua,” Afif kembali menyuapkan makanannya.
“Gua nak tau pasukan mana yang menang. Bukannya nak tau pasal pasukan yang lu bet tue kalah ke menang. Bila lu nak bagitau nie?” Faritza menekankan percakapannya.
“Rileks arr dulu. Tunggu arr gua nak layan perasaan sedih gua nie.” Afif berkata dengan sayu.
“Malas la gua nak tunggu. Lu tue kalau nak layan perasaan sedih, sampai tahun depan pun tak habis.” Faritza mendesak kembali.
“Ye arr…ye arr…Gua bagitau…Kecoh betul la lu. Terbatut gua nak layan sedih-sedih nie.” Afif mengalah.
“Gua sokong Perak tapi Kedah yang menang. Lu tau tak, gua bet dengan Adeefa. Adeefa yang menang.” Muka Afif gembira sahaja walaupun dia kalah dalam pertaruhan.
“Gua rasa, ada something wrong somewhere la kat pemain Perak. Sebab pemain harapan Perak, Keita Madjou dengan Khalid Jamlus tue, awal-awal perlawanan dah cedera. Pastu kapten pasukan Perak pulak kena keluar dari gelanggang. Sekejap je main, dah kena tendang keluar. Bengang gua, beb.” Afif berkata lagi.
“Apa yang korang betkan sebenarnya?” Faritza mengubah topik kerana dia bosan membincangkan topik ‘bola’ walaupun dia yang memulakan topik tersebut.
“Ish, malu arr…” Afif tersipu-sipu malu.
“Sejak bila lu jadi spesies sotong nie?” Faritza ketawa melihat gelagat Afif.
“Hei, mulut lu takde insurans ke? Sesedap rasa je mengutuk gua.” Afif pula yang berang.
“Gua bergurau…Gua bergurau…” Faritza cepat-cepat mengubah percakapannya.
“Adeefa bet, kalau dia menang, gua kena jadi balak dia. So, sekarang nie gua dah pun ditabalkan jadi balak Adeefa. Kalah punya pasal,” Afif kelihatan sedih dan gembira. Sedih sebab Perak kalah Piala Malaysia. Gembira pulak sebab dapat jadi pakwe Adeefa.
“Couple pun ada buat acara pertabalan ke?” Faritza memerli.
“Entah, ada kot. Gua la orangnya.Hehehe…” Afif tersenyum dan ternampaklah sebaris gigi yang putih berseri.
“Lu pulak bet apa?” Faritza sebenarnya berasa bosan kerana Syakar tidak berada di situ bersama-sama dengan mereka. Kalau Syakar ada, mesti lagi meriah macam kat pasar malam.
“Gua suruh dia cium…” Afif sengaja menghentikan kata-katanya.
“Cium? Tak sangka, gatal jugak lu nie ek.” Faritza menepuk bahu Afif.
“Bukan cium tue la. Gua suruh dia cium tangan gua, kalau menang hari tue, fuh bestnya. Mesti tangan gua nie dah dapat ciuman daripada sorang perempuan.” Afif berkata sambil membelek-belek tangannya.
“Eee…gatalnya. Nak muntah gua. Uwek…” Faritza mencebik.
“Eleh, itu pun dikira gatal ke?” Tanya Afif selamba.
“Ye la. Tapi kan, nanti lu akan dapat apa yang lu bet tue.” Faritza memberi keyakinan pada Afif.
“Ye ke? Seronoknya gua!!!” Afif melonjak kegembiraan.
“Over betul lu. Gua maksudkan, lu akan dapat ciuman dia bila lu dah kahwin dengan dia. Sekarang nie, lu habiskan belajar dulu. Eee…ada hati nak terima ciuman dari sorang perempuan sedangkan belajar pun tak habis lagi.” Faritza mengejek dan terus menghabiskan baki makanan yang masih ada.
  
“Assalamualaikum!” Faritza memberi salam sambil menekan loceng yang berada di tepi pintu hadapan.
“Assalamualaikum, makcik. Syakar ada tak?” Faritza berkata setelah ibu Syakar membuka pintu.
“Oh, Faritza rupanya. Tadi Syakar kata dia nak pergi pantai. Cuba la Faritza cari kat sana.” Ibu Syakar berkata lagi.
“Baiklah. Terima kasih makcik.” Faritza ingin melangkah pergi tetapi dia tiba-tiba berhenti apabila mendengar ibu Syakar memanggil namanya.
“Apa dia makcik?” faritza melangkah menuju je arah ibu Syakar semula.
“Kot ye pun, masuk la dulu. Boleh makcik hidangkan minuman petang untuk Faritza sekali.” Ibu syakar mengajak.
“Takpe la makcik. Saya ada hal penting nak cakap dengan Syakar. Papepun, terima kasih atas pelawaan makcik tue.” Faritza terus melangkah pergi apabila melihat anggukan ibu Syakar.
  
adakah diriku kau tak perlu lagi
adakah cintaku kau tak perlu lagi
adakah dirimu dah berubah hati terhadap diriku
adakah insan lain bertakhta di hatimu
hinggakan dirimu mengubah cintamu
manakah janjimu yang kau beri dulu kepada diriku
tak pernah berkata cintamu adalah selama-lamanya
bulan menjadi saksi pada malam itu
kau kata, kau cinta
sayangku dengarlah rintihan hatiku
ingin kau kembali seperti dahulu
kenangan di jiwa membuatku rindu kepada dirimu
Faritza melangkah senyap-senyap dan duduk di sebelah Syakar di atas sebatang pokok yang terlentang di atas pasir. Syakar masih lagi menyanyi. Faritza tekun mendengar sambil menongkat dagunya.
tak pernah berkata cintamu adalah selama-lamanya
bulan menjadi saksi pada malam itu
kau kata, kau cinta…
kiranya diriku kau tak perlu lagi
simpanlah kenangan cinta kita di hati
walaupun sukarku akur kali ini
biarlahku pergi…
oh, maafkanlah aku bertanya…

“Wow, touching giler gua dengar lagu lu nyanyi nie.” Faritza memuji sambil menepuk tangan.
“Ooo…mak kau meletup!!” Syakar berasa terkejut sampai terduduk di atas pasir. Faritza ketawa besar. Bayangkanlah dari tempat duduknya tue, dia boleh terduduk kat atas pasir itu. Mesti buruk giler, kan? Syakar bangun dan menyapu-nyapu pasir yang melekat di seluarnya itu dan dia turut mengangkat gitar yang jatuh bersama-samanya tadi. Faritza tak berhenti-henti ketawa melihat kerenah Syakar.
“Hebat la lu. Siap boleh tukar-tukar trade mark untuk melatah lagi tue.” Faritza memerli.
“Lu apesal sergah-sergah gua nie? Lu nak bagi gua mati cepat ke?” Syakar bengang.
“Gua bukan sergah lu. Gua cuma puji lu sambil tepuk tangan je.” Faritza bercakap dalam nada ketawa.
“Ah, sama je la.” Syakar enggan mengaku kesilapan dirinya.
“Lantak lu la. Apehal lu duduk sengsorang kat sini? Siap bawak gitar sekali. Lu ada masalah ke? Gua tau, lu mesti ada masalah. Lu akan cari tempat nie bila lu ada masalah je.” Faritza mencapai gitar yang berada di tangan Syakar.
“Takde arr. Mana gua ada masalah. Gua saje je nak melawat pantai nie. Kan tahun nie tahun melawat Malaysia. Bak kata Maria Tunku Sabri, jom jalan-jalan. Segala-galanya ada di Malaysia.” Syakar mengajuk.
“Cara lu cakap tue, sama la macam Maria Tunku Sabri. Pandai giler lu meniru suara orang. Gua tabik spring, beb. Ting! Ting!” Faritza mengangkat tangannya macam askar yang nak tabik hormat pada orang atasan.
“Eh, jap…jap…I’ll smell something. You are trying to lie at me, right?” Faritza cuba membaca riak muka Syakar.
“Ye arr…ye arr…Gua tipu lu. Malas arr gua nak cakap dengan lu. Nak menipu sikit pun tak boleh.” Syakar mengalihkan badannya membelakangkan Faritza. Eleh, merajuk la tue.
“Kar, walaupun gua nie bukan sorang kawan yang baik, tapi kalau lu ada masalah, gua sedia mendengarnya dan gua akan cuba bantu lu. Itu pun kalau gua boleh bantu la.” Faritza berkata dengan lemah-lembut.
“Tak, lu bukan kawan yang tak baik. Lu memang kawan baik gua, forever…Gua sebenarnya frust. Hari tue, gua nampak Syania berdua-duaan dengan Farzami, orang yang lu admirer tue. Gua nampak diorang berchit-chat dan bergelak ketawa sama-sama. Entah apa yang diorang sembang tue tak tau la. Nampak mesra sangat. Gua jealous sesangat.” Syakar pun menceritakannya.
‘Syania dengan Farzami berdua-duaan? Ye ke? Macam tak percaya je. Entah-entah Syakar tipu aku je. Syakar nie dah la spesies yang suka mengenakan orang.’ Faritza berkata di dalam hati sambil termenung.
“Gua dah agak lu mesti tak dapat tolong gua.” Syakar berkata setelah melihat Faritza termenung. Faritza tersedar dari menungannya apabila mendengar suara Syakar.
“Gua nak tolong lu la. Jap, gua nak cari idea.” Faritza berdalih.
“Tak payah la susah-susah. Gua tau lu takkan dapat tolong gua sebab masalah gua nie melibatkan Farzami. Gua tau, lu lemah bila tengok dan dengar nama Farzami. Papepun, thanks sebab sudi dengar luahan hati gua. Kalau lu nak masuk telinga kanan, keluar telinga kiri pun takpe. Gua tak kisah.” Syakar mengambil kembali gitarnya yang berada dalam genggaman Faritza.
“Kar, sorry sebab gua tak dapat tolong lu. Gua nak sangat tolong lu, tapi…” kata-kata Faritza terhenti di situ sahaja.
“Takpe…takpe…Gua paham.” Syakar bangun kerana ingin pulang.
“Tapi, boleh tak lu tolong gua?” Faritza menarik tangan Syakar. Syakar berhenti dan memusingkan badannya sambil mengangkat kedua-dua belah keningnya tanda ingin tahu.
“Gua nak lu tolong ajar gua main gitar. Actually, gua dah lama die-hard-fan kat gitar. Gua tak tau pulak lu reti main gitar. Kalau gua tau, dah lama gua jadikan lu sebagai guru tak bertauliah gua.” Faritza mengambil semula gitar di tangan Syakar dan mula memetik tali gitar itu. Syakar tersenyum melihat telatah Faritza dan dia duduk di sisi Faritza semula.
  
“Tengok tue, Far. Diorang masih bersama lagi. Tapi, sekarang nie bertambah lagi sorang pulak. Sape perempuan lagi sorang tue yek? Macam kenal je.” Syakar berbicara.
“Itu bukan Adeefa ke? Awek si Fifa, kan?” Faritza menjawab dengan pertanyaan.
“Fifa? Sape pulak Fifa nie? Confuse gua…” Syakar terpinga-pinga.
“Hek eleh. Kerek lalu. Itu pun tak tau ke? Fifa tue Afif la. Bila lu terbalikkan nama Afif tue, jadi la Fifa. So, Fifa = Afif dan Afif = Fifa. Lagipun, Afif suka bola. Gua pun letak nama Fifa. Paham?” Syakar mengangguk-angguk macam burung belatuk apabila mendengar pertanyaan Faritza.
“Hey, lu berdua omong apa nie? Nampak macam kusyuk giler. Serius ke perbincangan korang, hah?” Afif datang menyampuk.
“Serius…serius sangat…Kitorang tengah cakap pasal Fifa. Kan, Kar?” Faritza mengenyitkan matanya pada Syakar. Syakar tersenyum.
“Ye ke? Sape lawan dengan sape? Macam mana korang boleh tau? Gua tak tau pun.” Afif kehairanan.
“Lu tau tak FIFA tue ape?” Faritza tersenyum sinis.
“Mestilah gua tau. Gua kan die-hard-fan bola.” Afif tersenyum bangga.
“Gua bukan cakap pasal FIFA tue. Gua cakap pasal lu la. Nama lu kan Afif. So, Fifa la jugak.” Terang Faritza.
“Apesal korang cakap pasal gua pulak?” Afif bertambah hairan.
“Cuba lu tengok sana,” Syakar memegang kepala Afif dan dia memusingkan kepala Afif menghala ke arah satu tempat.
“Itu lu punya ‘gurl’ kan? Kenapa dia becampur gaul dengan Farzami dan ‘gurl’ gua?” Faritza terus memandang Afif apabila mendengar pertanyaan Syakar kepada Afif.
“Memang la tue ‘gurl’ gua. Diorang bercampur gaul, sebab diorang tue best friend. Macam kita bertiga jugak. Kan kita bertiga nie friendship forever.” Afif memeluk bahu Syakar dan Faritza.
“Eee…apa nie? Rimaslah.” Faritza mengeliat kerana ingin melepaskan pelukan daripada Afif.
“Ala, apa salahnya kalau sekali sekala gua nak bermanja.” Afif ingin memeluk mereka sekali lagi tapi Faritza cepat-cepat bangun dari tempat duduknya.
“Eh, cukup…cukup…Betul ke diorang tue semua bestfriend? Gua tak tau pun. Lu kelentong gua ek?” Syakar berasa was-was.
“Betul…Kalau lu tak caya, lu tanya lu punya ‘gurl’ tue. Takkan dia pun nak kelentong jugak kot.” Afif memerli. Syakar menarik nafas lega apabila mendengar jaminan daripada Afif itu.
“Amacam? Dah happy sekarang?” Faritza berbisik ke telinga Syakar. Syakar mengangguk gembira.
“Gua dengan Fifa dah ada ‘gurl’. Lu bila nak ada ‘boy’ pulak?” Syakar bertanya pada Faritza.
“Oh, sorry. Gua tak minat.” Faritza menjawab selamba.
“Tak minat ke? Habis, Farzami tue, apa?” Syakar bertanya lagi. Afif kehairanan apabila nama Farzami disebut-sebut.
“Wait...wait…Apa kaitan Farzami tue dengan Itza? Story sikit…Gua ada tercicir berita sensasi rupanya.” Afif kelihatan tak sabar-sabar.
“Nie bukan cerita sensasi tapi dah jadi cerita basi. Apa la. Tu arr, sibuk dating sana sini lagi. Love story bestfriend sendiri pun lu boleh tercicir.” Syakar mengutuk Afif.
“Sori arr geng. Tapi, seronok apa dating sana sini. Lu tak seronok ke dating dengan Syania tue?” Afif mengusik Syakar.
“Seronok gak. Oops, dah terkeluar topik…” Syakar memandang Faritza yang tetiba je diam membisu apabila terdengar nama Farzami disebut-sebut.
“Far, marah ke? Sori tapi gua nak story dekat Afif jugak. Kan dia bestfriend gua dan lu. So, gua nak bagitau. Sorry…” Syakar meminta maaf kepada Faritza dan menceritakan segalanya tentang Farzami dan Faritza pada Afif. Faritza berasa malu dan terus berlalu dari situ. Afif dan Syakar hanya memandang sahaja ‘figura’ Faritza berlalu pergi.
“Lu sayang dekat Far tak?” Syakar berbisik. Afif mengangguk.
“Kita buat something untuk tolong Far, nak tak?” Syakar memberi cadangan. Afif mengangguk lagi.
“Tapi, nak buat apa?” Afif buntu.
“Entah…Gua pun tak tau. Gua heran arr dengan Far tue. Nampak je cam brutal nak mati tapi sebenarnya dia lembut dan sensitif. Kalau sebut perkataan Farzami je, hilang perangai brutal dia tue. Apesal la dia pendamkan perasaan dia tue? Buat seksa zahir dan batin je.” Syakar berasa kesal dengan perangai Faritza yang suka memendamkan perasaan itu.
“Gua rasa kan, baik kita rancang macam-macam plan bila sampai rumah nanti. Amacam, orait tak?” Syakar mengangguk mendengar cadangan Afif. Mereka berdua pun beransur ke kelas masing-masing apabila mendengar bunyi loceng.
  
“Gua dah buat satu sajak untuk Itza. Lu rasa okey tak sajak nie?” Afif menyerahkan sekeping kertas kepada Syakar.

I know this will not remain forever
However it’s beautiful
Your eyes, hands and your warm smile
They’re my treasure
It’s hard to forget
I wish there was a solution
Don’t spend your time in confusion
I’ll turn back now and spread
My broken wings
Still strong enough to cross the ocean with
My broken wings
How far should I go drifting in the wind
Higher and higher in the light
Did I ever chain you down to my heart
Cause I was afraid of you
No, I couldn’t hold any longer
Love is not a toy
Let go of me now
The time we spent is perpetual
Our future is not real
So, I’ll leap into the air
My broken wings
Still strong enough to cross the ocean with
My broken wings
How far should I go drifting in the wind
Across the sky, just keep on flying…

Syakar mengangguk-angguk gembira setelah membaca sajak tersebut.
“Walaupun gua tak paham, tapi gua rasa sajak nie memang sesuai. Tapi, pandai pulak lu reka sajak dalam BI nie. Lu terer BI ke?” Syakar berasa ragu-ragu.
“Memang bukan gua yang reka sajak tue. Sebenarnya, itu lirik lagu. Gua rasa lirik lagu tue memang menyentuh perasaan. So, gua edit-edit la bagi jadi cam sajak. Bijak tak gua?” Afif tersenyum gembira.
“Bijak…bijak…Tapi, kalau lu cipta sendiri, lagi bijak.” Selamba sahaja Syakar memerli.
“Gua sedar gua tak bijak. So, gua copy and paste je la. Sekurang-kurangnya ada jugak gua bagi sedikit sumbangan untuk bantu Itza. Lu pulak, mana hasilnya? Habuk pun takde,” gurau Afif secara kasar. Lelaki la katakan. Bergurau pun kasar.
“Gua ada rancangan gua sendiri. Orang genius macam gua nie mestilah menggunakan akal untuk tolong kawan.” Syakar tersenyum bangga.
“Jom kita bagi sajak nie kat Itza. Suruh dia pass ke Farzami. Mesti Farzami suka punya.” Afif dan Syakar berjalan menuju ke kelas Faritza.
  
“Apa?!! Lu nak suruh gua bagi sajak nie dekat Farzami? Tapi, kenapa?” Faritza sangat terkejut.
“Gua tau, walaupun lu nie nampak je macam mafia, tapi sebenarnya lu sorang yang pemalu. Tambah-tambah lagi dalam bab-bab nak meluahkan perasaan. So, gua dan Afif sebagai sahabat lu, sanggup menolong lu. Gua harap, lu appreciate pertolongan gua dan Afif.” Syakar berkata dengan bersungguh-sungguh. Air mata Faritza akhirnya menitis setitik demi setitik. Afif dan Syakar menarik tangan Faritza dan terus membawa Faritza keluar dari kelas tersebut. Syakar dan Afif menarik tangan Faritza sehingga ke tempat yang tiada sesiapapun yang boleh nampak mereka bertiga.
“La, apesal menangis nie? Nanti semua orang marah kat gua dan Kar sebab buat lu nangis.” Afif mengesat air mata Faritza. Syakar hanya memerhatikan sahaja perbuatan Afif. Dia berasa sedih jikalau Faritza pun sedih.
“Gua bukan nangis sebab sedih. Tapi, gua nangis sebab gembira. Gua terharu sangat dapat kawan yang baik macam korang berdua walaupun kita nie berlainan jantina.” Faritza memegang kertas yang diberikan oleh Syakar dan Afif dengan erat.
“Gua pun gembira sebab dapat kawan macam lu.” Afif dan Syakar berkata serentak.
“Thanks ye atas usaha korang nie. Gua akan cuba luahkan perasaan gua.” Faritza menunjukkan kertas yang dipegangnya itu.
“Pembetulan…pembetulan…Sajak tue bukan atas usaha Syakar tapi usaha gua. Gua yang bersusah payah.” Afif membetulkan ayat Faritza.
“Plan pertama, lu cuba bagi sajak itu kat Farzami.” Syakar tidak mengendahkan percakapan Afif. Dia terus menerangkan strateginya kepada Faritza. Faritza hanya mengangguk sahaja mendengar rancangan Syakar.
“Dah arr…Jom masuk kelas.” Afif terus mengajak apabila Syakar dan Faritza tidak mengendahkan percakapannya sebentar tadi. Mereka bertiga pun berjalan menuju ke kelas masing-masing.
  
‘Yes! Semua orang takde. Selamat aku.’ Faritza menarik nafas lega. Dia terus pergi ke arah Farzami apabila mendapati hanya dia dan Farzami sahaja yang berada di situ.
“Hai, Farzami. Rajinnya lu baca buku. Mana student lain pergi?” Faritza cuba bercakap dengan Farzami. Sebenarnya Farzami ini adalah seorang lelaki yang pendiam. Alah, ala-ala Sasuke tue.
‘Pekak ke mamat nie? Patut la Kar panggil dia ‘mamat poyo’. Memang poyo pun. Aku tanya dia langsung dia tak jawab. Tue la pasal aku suka kenakan dia. Tak nak bercakap sangat.’ Faritza terasa macam nak tumbuk je Farzami tue sebab Farzami tak endahkan teguran dan pertanyaannya.
“Farzami….Awak baca buku apa tue?” Faritza terpaksa mengubah nada percakapannya. Farzami mengangkat mukanya dan memandang ke arah Faritza.
“Saya tengah baca buku nie.” Farzami mengangkat bukunya. Faritza membaca tajuk buku tersebut.
‘All…about…Utada…Hikaru…? Apa benda Utada Hikaru tue? Sejenis makanan ke?’ Faritza sambil menggaru-garukan kepalanya.
“Apa benda ‘Utada Hikaru’ tue? Makanan ke?” Faritza bertanya dengan penuh kehairanan. Farzami ketawa terbahak-bahak apabila mendengar pertanyaan Faritza.
‘Wah, hensemnya bila dia ketawa!!’ Faritza hanya memuji di dalam hati.
“Bukan la. Utada Hikaru nie penyanyi Jepun. Saya minat sangat kat Utada Hikaru. Saya ada semua koleksi CD lagu dia. Poster-poster dia lagi, toksah kira la. Banyak sangat,” kata Farzami dengan gembira.
‘Ceh…aku cakap lembut-lembut pastu guna bahasa yang elok-elok, baru dia nak cakap dengan aku. Kalau aku tak cakap elok-elok, jangan harap la nak dengar suara emas dia.’ Faritza mencebik sambil mengutuk-ngutuk Farzami di dalam hati. Apa la Faritza nie, ada ke mengutuk orang yang dia suka. Tak patut betul!!
“Pape je la. Farzami, nie saya ada something untuk awak.” Faritza menghulurkan kertas yang diberikan oleh Syakar dan Afif sebelum nie. Farzami membacanya dengan teliti.
“Faritza, awak suka kat saya ke?” Farzami seakan terkejut. Faritza mengangguk dengan perlahan. Dia sebenarnya malu mahu meluahkan perasaan.
“Maaflah ye. Saya tak berminat.” Farzami menolak dengan lembut.
“Tapi….kenapa?” Muka Faritza mula berubah.
“Sebab pertama, saya takut pelajaran saya terjejas. Sebab kedua, saya tak reti bercouple. So, sorry ye…” Farzami menghulurkan kembali kertas yang diberikan oleh Faritza tadi.
“Takpe la kalau camtu. Tapi, kertas tue awak simpan la. Anggap la ianya luahan perasaan saya pada awak.” Faritza menjawab dengan lesu.
“Tapi, tak salah kalau saya nak ngorat awak, kan?” Faritza menjawab sambil memandang Farzami penuh harapan. Farzami mengangguk-angguk. Faritza bersorak kegembiraan apabila melihat anggukan Farzami. Farzami menggeleng-gelengkan kepalanya melihat telatah Faritza yang seakan-akan macam budak kecik yang baru dapat gula-gula.
  
“Camner dengan plan pertama kita? Berjaya tak?” Syakar cecepat bertanya pada Faritza.
“Sabaq arr…Tunggu arr gua letak dulang nie dulu.” Faritza meletakkan dulang itu di atas meja.
“Lu nie, baik sangat la Itza. Tiap kali kitorang datang, mesti ada je juadah yang lu hidang. Rasa cam gi kenduri je. Kekadang, gua malu gak nak gi rumah lu.” Afif berkata.
“Ala, korang kan bestfriend gua. Gua kena la layan bebaik. Kalau lu musuh gua, ye arr gua layan giler-giler punya teruk.” Faritza ketawa akhirnya. Afif pun ketawa mendengar percakapan Faritza. Hanya muka Syakar yang masam. Eleh, mesti ada benda yang tak puas hati.
“Kar, apehal nie? Monyok je.” Faritza menegur setelah terlihat muka Syakar yang masam mencuka.
“Gua tanya daripada tadi lagi, lu tak jawab-jawab pun…” Syakar terasa hati.
“Apa yang lu tanya tadi? Gua lupa…” Faritza tersengih-sengih menampakkan barisan giginya yang putih.
“Macam orang tua lu nie. Itu pun lupa. Gua cakap plan tue. Berjaya ke tak?” Syakar tak sabar-sabar menunggu jawapan daripada Faritza. Muka Faritza berubah. Faritza hanya menundukkan mukanya.
“Kalau camtu gayanya, maknanya tak berjaya la. Tengok, lu dah buat Itza sedih.” Afif berbisik pada Syakar. Syakar resah gelisah melihat perubahan pada Faritza. Dia sebenarnya takde niat pun nak buat Faritza sedih.
“Far, gua mintak maaf. Gua…” Syakar berkata tergagap-gagap.
“Takpe. Gua tak kisah dan tak marah pun kat lu. Lagipun kan, Farzami bagi gua peluang untuk pikat dia.” Muka Faritza kembali ceria dan Faritza kelihatan begitu gembira sekali apabila bercakap mengenai Farzami.
“Lu tau ke camner cara nak pikat dia? Dah arr poyo. Susah nak pikat mamat poyo macam dia tue.” Syakar memandang sahaja pada Faritza.
“Gua tak tau...” Faritza berasa sedih kembali. Afif langsung tak masuk campur dalam perbincangan antara Faritza dan Syakar. Dia lebih suka makan biskut buatan Faritza yang terhidang di atas meja itu.
“Amboi…amboi…Sedapnya makan. Lu tak nak tolong kawan lu yang sorang nie ke?” Syakar menegur. Afif langsung tidak mempedulikan teguran Syakar. Syakar berasa geram dan terus mengambil pinggan yang berisi biskut itu.
“Ala, Kar. Jangan la pisahkan biskut tue daripada gua. Gua tak boleh berpisah dengan biskut tue. Bak balik.” Afif meminta macam budak kecik. Faritza ketawa dalam kesedihan melihat perangai Syakar dan Afif.
“Kalau lu nak biskut nie, lu bagi cadangan camner Far nak ngorat Farzami.” Syakar mengugut.
“Itu ke yang jadi masalah korang daripada tadi?” Afif bertanya sambil memandang muka Syakar dan Faritza satu-persatu. Faritza dan Syakar mengangguk-angguk.
“Hek eleh, kacang je. Lu guna je la bakat yang lu ada, Itza.” Faritza menggaru-garukan kepalanya tanda tidak paham.
“Tak dapat tangkap maksud gua ke?” Faritza tersengih-sengih apabila Afif bertanyakan soalan sedemikian.
“Apa la, itu pun tak paham. Lu buat la kek coklat yang macam lu buat kat kitorang hari tue. Adeefa kata kat gua, Farzami memang suka makan kek coklat. So, lu buat la kek coklat yang the best in the world untuk Farzami.” Afif menerangkan dengan panjang lebar.
“Oh, camtu ek?” Faritza bertanya.
“Ye la…Kar, bak balik biskut tue. Gua nak makan.” Afif menghulurkan tangannya pada Syakar. Syakar memberikan kembali pinggan yang berisi biskut itu dengan senyuman. Dia gembira dengan cadangan Afif.
“Fifa, terima kasih bebanyak.” Faritza terus memeluk Afif dengan erat. Eleh, gembira sangat la tue. Afif meronta-ronta ingin melepaskan diri.
  
“Far, gua ada berita gembira untuk lu. Meh arr ikut gua.” Syakar menarik Faritza keluar dari kelas.
“La, cakap dalam kelas gua je, tak boleh ke?” Faritza menggosok-gosok tangannya yang sakit akibat ditarik oleh Syakar.
“Tak boleh sebab berita nie melibatkan Farzami. Gua tak nak dia dengar perbualan kita.” Syakar terus duduk di bangku yang berada di situ.
“Amende beritanya? Cepat arr bagitau. Lepas nie gua nak siapkan kerja sekolah gua yang tertangguh semalam.” Faritza berpura-pura tidak gembira.
“Apa? Lu tak siap kerja sekolah? Wow, I can’t believe it. Setahu gua, lu la orang yang paling rajin sekali kat dunia nie. Siap boleh dapat ‘Anugerah Student Paling Rajin di Dunia’. Tapi, sejak dah ‘tersangkut’ dengan Farzami, dah jadi lain pulak. Kerja sekolah pun tak siap. Hey…hey…hey…Apa dah jadi? Angau ke?” Syakar memerli habis-habisan.
“Ala, sebenarnya gua cari resepi kek coklat yang paling sedap sekali dalam internet. Kusyuk sangat sampai lupa nak buat kerja sekolah semalam.” Faritza tersengih.
“Lu nak buat apa cari resepi kek coklat?” Syakar kelihatan hairan.
“Ala, gua nak buat kek coklat untuk Farzami la. Kan Valentine’s Day lagi seminggu.” Gembira sahaja nada percakapan Faritza.
“Gua cakap lu angau, lu tak percaya. Eh, kek yang lu first time buat tue pun sedap gak. Buat apa lu nak dari resepi lain.” Kekadang Syakar tak berapa paham dengan perangai pelik Faritza.
“Itu gua buat cincai-cincai je. Takde ikut sukatan betul-betul. Gua nak buat yang special untuk Farzami. Baru la ngancam.” Syakar hanya menggeleng-gelengkan kepalanya melihat telatah Faritza,
“Gua dapat maklumat nie dari Syania. Syania kata, Farzami die-hard-fan giler-giler kat Utada Hikaru. Lu kenal tak Utada Hikaru? Of course la lu tak kenal sebab lu tak minat Jepun. Camner sekali pun, lu kena jugak minat sebab orang yang lu admirer tue memang minat giler-giler Utada Hikaru nie.” Syakar menerangkan dengan panjang lebar.
“Haah la. Baru gua teringat. Hari tue, dia ada cakap kat gua yang dia memang die-hard-fan kat Utada Hikaru. Habis, apa kaitan Utada Hikaru dengan gua?” Faritza pula yang kehairanan waktu itu.
“Ah-ha…Satu soalan yang bagus. Gua dah siapkan semuanya. Nah, ambik nie. Gua nak lu hafal.” Syakar menghulurkan sekeping kertas pada Faritza.
“Apa benda nie?” Faritza membacanya tetapi tak paham apa yang tercatat di dalam kertas tersebut.
“Itu la lagu favourite Farzami. Tajuk lagu tue memang sesuai untuk orang yang nak luahkan perasaan macam lu. So, lu hafal la. Bila tiba Valentine’s Day, lu nyanyi lagu nie kat Farzami. Mesti dia terharu sampai tahap nak peluk lu punya. Gua gerenti. Gua berani kerat jari lu kalau benda yang gua cakap nie tak betul.” Syakar memberi keyakinan.
“Amboi, jari gua lu nak kerat? Banyak cantik muka lu. Gua kerat kepala lu kang baru lu tau langit tue tinggi ke rendah.” Faritza membidas.
“Lu tak payah susah payah kerat kepala gua pun takpe sebab gua memang dah lama tau langit tue tinggi.” Syakar membalas.
“Boleh gua tau sape yang nyanyi lagu nie?” Faritza malas hendak bertekak dengan Syakar. Faritza mengerutkan dahinya melihat lirik lagu yang diberikan oleh Syakat itu.
“Of course la Utada Hikaru. Penyanyi pujaan hati dia…” Syakar bangun dan ingin melangkah pergi tetapi sempat dihalang oleh Faritza.
“Tapi…gua…gua...tak reti la bahasa-bahasa Jepun nie. Dah la gua tak minat. Tetiba pulak kena hafal dan nyanyi.” Faritza merungut-rungut.
“Up to you. Kalau lu tak nak, gua pun tak dapat nak bantu lu. Gua rasa, cara nie la paling berkesan untuk pikat dia.” Syakar terus melangkah pergi. Faritza termangu-mangu di situ sambil memandang kertas tersebut.
“Hey Itza. Apehal pepagi buta dah termenung nie?” Afif menegur setelah dia terlihat Faritza berada di bangku berhampiran dengan kelas mereka.
“Gua tengah buntu nie.” Faritza mengeluh.
“Buntu apesal pulak? Lu nie sejak ‘tangkap leleh’ dengan Farzami, macam-macam jenis masalah lu nak pikir. Nyampah gua.” Afif mengejek.
“Amboi…amboi…sakannya ngutuk gua. Lu apehal datang cari gua nie? Takkan semata-mata nak sakitkan hati gua jek. Lu jangan spoilkan mood gua pulak.” Faritza mengubah topik perbualan.
“Ala, gua saje je nak manja-manja dengan lu.” Afif tersengih.
“Lu gi mana tadi? Pepagi buta dah lesap.” Faritza bertanya punca kehilangan Afif sejak pagi lagi.
“Oh, biasa la. Gua dah ada ‘gurl’. Pepaham je la. Mesti la gua gi jumpe ‘gurl’ gua.” Selamba sahaja Afif menjawab.
“Gua nie bukan kategori ‘gurl’ lu jugak ke?” Faritza sengaja bertanyakan soalan sedemikian.
“Lu bukan ‘gurl’ gua. Gua anggap lu sebagai ‘sis’ gua, bukannya ‘gurl’ gua.” Afif menjawab tenang.
“’Sis’? Apa tue?” Faritza hairan juga.
“Ala, sis tue sister la. Gua anggap lu cam adik gua la kiranya.” Afif menerangkan.
“Gua pelik la. Kalau lu dah jumpe ‘gurl’ lu, apesal lu datang nak bermanja dengan ‘sis’ lu? Tak cukup-cukup ke lu bermanja-manja dengan ‘gurl’ lu tue?” Faritza sedikit memerli. Sape la agaknya ‘gurl’ Afif tue? Ah, sape lagi kalau bukan Adeefa. Itu pun tak tau lagi ke?
“Ala, manja dengan aweks lain, manja dengan bestfriend pun lain gak. So, lu kena paham.” Faritza nak tergelak mendengar percakapan Afif. Tapi, pandangan matanya masih dihalakan pada kertas pemberian Syakar itu.
“Apa yang specialnya kertas tue? Dari gua memula datang sampailah sekarang, lu asyik tengok je kertas tue. Menarik sangat ke kertas tue?” Afif berasa hairan.
“Gua buntu sebab kertas nie arr. Kar bagi gua kertas nie. Kar suruh gua hafal dan nyanyi lagu nie kat Farzami masa Valentine’s Day.” Faritza menunjukkan kertas yang dipegangnya.
“La…tue pun complicated sangat ke? Buat je la apa yang Kar suruh tue.” Kata Afif dengan bersahaja.
“Tapi, lagu nie dalam bahasa Jepun. Gua tak reti dan tak minat la.” Faritza mula berasa bosan.
“Ye ke? Lagu apa?” Afif kelihatan berminat.
“Tajuk lagu nie, ‘Can You Keep a Secret’.Penyanyi Utada Hikaru. Dah la gua tak pernah dengar lagu nie. Camner gua nak practise?” Faritza menggaru-garukan kepalanya.
“La…lagu tue ke? Gua pun minat giler lagu nie. Gua ada lagu nie. Biar gua tolong ajar lu nak nyanyi lagu nie. Apa kata kalau lu datang rumah gua petang nie. Gua bagi lu dengar lagu nie. Pastu nanti lu ikut la cara nyanyian dia.” Afif kelihatan begitu seronok. Faritza pun gembira apabila melihat Afif gembira.
  
“Camner dengan latihan menyanyi lagu Utada Hikaru? Dah hafal?” Syakar bertanya pada Faritza. Faritza mengangguk-anggukkan kepalanya dengan perlahan. Tak yakin la maknanya tue.
“Okey, nyanyi sekarang. Gua nak dengar. Lagipun, hari nie Valentine’s Day. So, cepat arr. Gua nak dengar.” Syakar menggesa.
“Tapi, gua tak confident la. Boleh lu tolong panggilkan Fifa tak?” Faritza seakan merayu.
“Jangan nak mengada. Nanti lu kena nyanyi alone jugak dekat Farzami tue. So, dari sekarang la lu kena nyanyi sorang-sorang. Lepas nie, gua dengan Afif takde sebelah lu bila lu nak nyanyi depan Farzami.” Syakar cuba memulihkan semangat Faritza.
“Okey…okey…Gua cuba.” Faritza pun menyanyikan lagu tersebut dengan penuh perasaan.
“Orait, memang cun nyanyian lu. Lu nyanyi penuh feeling. Itu yang gua suka. Tak sia-sia cadangan gua suruh lu nyanyi lagu tue. Far, lu jangan risau. Farzami pasti cair dengan lu bila dengar nyanyian lu nie. Suara lu pun sebijik cam Utada Hikaru. Memang perfect la.” Syakar menepuk-nepuk tangannya.
“Kar, Fifa mana? Tak nampak batang hidung dia pun dari tadi.” Faritza tercari-cari kelibat Afif.
“Dia cam biasa la. Mesti jumpe buah hati pengarang jantung dia. Dia cakap, dah seminggu dia tak jumpe Adeefa. Rindu sangat la tue.” Syakar menjawab bersahaja.
“Lu pulak tak pergi jumpe ‘gurl’ lu ke? Takkan tak rindu kot?” Faritza bertanya tentang Syania pula.
“Memang la rindu. Tapi, sejak akhir-akhir nie, dia busy sikit. Tue yang kitorang jarang dapat jumpa. Gua selesa camni. Selalu tak dapat jumpa, maka akan bercambahlah kasih sayang di antara kitorang bila dah dapat berjumpa.” Syakar tersenyum.
“Jealous giler gua dengan korang. Sejak lu dengan Fifa ada ‘gurl’, hidup korang bertambah ceria dan gembira.” Faritza menunjukkan riak muka cemburu.
‘Papepun, aku memang terharu la dapat kawan yang baik macam korang. Sanggup tak jumpa aweks sebab nak tolong aku. Tambah-tambah lagi Fifa tue. Sampai seminggu tak jumpa awek dia sebab nak ngajar aku menyanyi.’ Faritza berbisik sendirian.
“Far, kek coklat lu camner? Dah siap ke?” Syakar mengingatkan Faritza.
“Gua nak siapkan lepas balik dari sekolah nanti.” Faritza tersenyum kerana tak sabar-sabar untuk menyiapkan kek coklat untuk Farzami dengan penuh kasih sayang.
“Nie alamat Farzami. Pandai-pandai lu la ek. Gua dapat tolong sampai sini je. Plan seterusnya, lu kena usaha sendiri.” Syakar menyerahkan sekeping kertas pada Faritza. Faritza mengambilnya dengan terketar-ketar.
“Rileks arr. Jangan takut. Gua dengan Afif akan sentiasa menyokong lu dari belakang.” Syakar menenangkan perasaan Faritza.
“Gua bukan takut. Gua cuma gementar je,” sela Faritza.
“Dah la. Jom masuk kelas. Dah bunyi loceng nie.” Faritza mengangguk. Mereka berdua pun bergerak menuju ke kelas masing-masing.
  
“Yang mana satu rumah Farzami nie?” Faritza melihat satu persatu rumah yang berderet di hadapannya. Tiba-tiba Faritza ternampak Farzami keluar dari salah satu rumah di seberang jalan di sana. Faritza melambai-lambai tangan dan memanggil Farzami datang menghampirinya. Farzami pun menyeberangi jalan tanpa menoleh kiri kanan. Faritza ternampak ada sebuah kereta yang semakin menghampiri Farzami dan Faritza cepat-cepat meletakkan kotak yang dibawanya di tepi jalan. Faritza terus meluru ke arah Farzami dan menolak Farzami ke tepi. Akhirnya, ‘dum’!! Faritza tercampak jauh di tengah jalan dan badannya dipenuhi dengan darah akibat dilanggar oleh kereta tersebut ketika dia menyelamatkan Farzami.
“Faritza!!” Farzami terus meluru mendapatkan Faritza. Dia berasa cemas. Pemandu kereta tersebut terus keluar dari keretanya dan berlari ke arah Faritza.
“Bang, tolong selamatkan kawan saya.” Farzami cemas.
“Baik…baik…Jom ikut abang pergi hospital.” Pemandu kereta tersebut yang dikenali sebagai Fadili mengangkat Faritza dan membawa Faritza ke arah keretanya. Farzami hanya mengikut Fadili daripada belakang.
“Abang, nanti dulu. Kotak nie akak yang kena langgar tue punya.” Seorang budak berkata dalam takut-takut kerana ngeri melihat darah yang memenuhi badan Faritza.
“Terima kasih, adik.” Farzami mengambil kotak tersebut dan masuk ke dalam kereta Fadili. Farzami melihat ke arah kotak yang diberikan oleh budak tadi. Farzami terlihat ada namanya tertera di kotak tersebut. Farzami pun membukanya.
‘Wo! Kek coklat!’ Farzami terpegun. Tiba-tiba, Farzami terlihat ada cebisan kertas terselit di tepi kotak tersebut. Farzami mengambilnya.
Kepada Farzami?’ Farzmi membaca huruf-huruf yang tertera di atas kertas itu. Farzami lantas membukanya setelah pasti kertas itu memang ditujukan untuknya. Farzami membuka lipatan kertas itu dan mula membacanya.

The more I tell myself “I will forget”
The larger you loom in my thoughts
You’re too far, too near for me to reach
Why can’t I turn them to memories
Why, oh why do I love you so much?
It’s so easy I just can’t answer
I just can’t stop loving you
I still I still I love you!
We will meet again, right?
If I could get just one more chance
I’ll keep it all looked away in my heart
I still I still I love you!
I’m waiting waiting forever
I still I still I love you!
I still I still I love you!
I’m waiting waiting forever
Until my dreams come true
- Faritza -

‘Sampai camtu sekali dia sanggup buat semata-mata untuk aku?’ Farzami berbisik. Farzami melipat semula kertas tersebut. Dia terasa ingin menangis tetapi ditahannya. Dia harus kuat kerana dia seorang lelaki. Farzami terus memandang Faritza yang terbaring di atas ribanya. Farzami berasa sungguh terharu kerana Faritza sanggup mengorbankan diri untuk menyelamatkannya dan sanggup membuat kek coklat untuknya pada Hari Valentine.
“Adik, adik tak pape ke?” Fadili bertanya pada Farzami setelah melihat muka Farzami yang kelihatan berada dalam kesedihan. Farzami cecepat menggelengkan kepalanya.
  
“Maafkan abang sebab dah langgar kawan adik. Abang tak sengaja.” Fadili meminta maaf kepada Farzami ketika mereka sedang menunggu khabar berita daripada doktor di depan wad ICU.
“Takpe, bang. Asalkan kawan saya selamat.” Farzami berkata dalam nada sayu. Tiba-tiba seorang doktor keluar daripada wad ICU itu. Farzami dan Fadili meluru ke arah doktor tersebut.
“Doktor, camner dengan kawan saya?” Farzami cepat-cepat bertanya.
“Kawan awak selamat. Jangan risau. Cuma sekarang nie dia masih dalam keadaan koma. Dia perlukan sokongan daripada keluarga dan rakan-rakannya untuk pulihkan semula keadaan dia.” Doktor Naris menerangkan dengan teliti.
“Terima kasih, doktor.” Farzami terkejut.
“Doktor, boleh saya lawat kawan saya tue?” Farzami meminta izin.
“Maaf. Dia tak dibenarkan menerima sebarang pelawat buat masa sekarang. Saya cadangkan, awak lawat kawan tue esok sahaja.” Doktor Naris terus berlalu pergi. Farzami berasa kecewa. Pemandu itu menghampiri Farzami dan menepuk-nepuk bahu Farzami dengan lembut.
  
“Faritza, bangun la. Dah seminggu awak camni.” Farzami berkata kepada Faritza yang masih dalam keadaan koma. Farzami menggenggam tangan Faritza.
“Assalamualaikum…” Tetiba ada suara orang memberi salam.
“Waalaikumussalam. Oh, Syakar, Afif.” Farzami membalas. Farzami, Syakar dan Afif bersalaman.
“Itza masih tak sedar lagi?” Afif bertanya sambil tangannya ligat menukar bunga yang berada di dalam pasu di tepi katil tersebut. Farzami menggeleng-gelengkan kepalanya perlahan-lahan. Matanya redup sahaja. Muka Farzami sentiasa kelihatan sedih.
“Sabarlah, Farzami. Far pasti akan sembuh semula.” Syakar cuba menenteramkan perasaan Farzami.
“Ini semua salah aku. Faritza jadi camni sebab kecuaian aku. Aku memang tak guna.” Farzami menyalahkan dirinya.
“Tak, Farzami. Ini bukan salah lu. Dah takdir nak jadi camni. So, kita kena arr terima. Don’t blame yourself.” Syakar menepuk-nepuk bahu Farzami.
‘Ish, pandai pulak aku speaking.’ Sempat lagi Syakar memuji dirinya di dalam hati.
“Okey la Farzami. Kitorang nak pergi minum kat bawah sekejap. Lu tolong jaga Itza untuk kitorang, yek. Nanti kitorang pulak yang jaga dia.” Afif berkata setelah dia terlihat Faritza mengenyitkan mata padanya.
‘Itza dah sedar. Dia saje nak uji Farzami sekarang nie. Jom, blah.’ Afif berbisik pada Syakar. Afif dan Syakar melangkah pergi ke kantin hospital.Farzami mengangguk dan dia terus memandang Faritza kembali. Farzami menggenggam tangan Faritza semula. Mulut Farzami mula bergerak kerana ingin menyebut sesuatu.

I can feel your heart in motion,
deep down in your mind and passion.
Life goes on and on, we love
each other in the sadness of time.

Farzami menangis setelah menyanyikan lagu itu. Dia berasa sedih dan terharu setelah dia memahami maksud lagu tersebut. Farzami menyembamkan mukanya di katil di tepi tempat Faritza berbaring.

Chikazukitai yo kimi no risou ni
Otonashiku narenai Can You Keep a Secret?
Hit it off like this
Hit if off like this, oh baby
Koko kara zutto okutteru angou
Kimi wa mada kaidoku dekitenai come on…
Tsutaeyou yame yo wo
Konomama kakusou
Nigekire nakunaru made
Shinjiyou dame da yo
Mada utagae sou da mono…oh…
Chikazukitai yo kimi no risou ni
Otonashiku narenai Can You Keep a Secret?
Kanashikunai yo kimi ga iru kara
Can You Keep a Secret? Can You Keep a Secret?
Chikazukenai yo kimi no risou ni
Sugu ni wa kawarenai Can You Keep a Secret?
Kanashikunaru to kimi wo yoru kara
Can You Keep a Secret? Or konomama Secret?
Hit it off like this
Hit if off like this, oh baby
Soba ni itemo too mawashi na yogen sagashiteru
Meikyuu iri sasetaku nai nara
Won’t you come on
Kasuka na mono oto
Ottekuru Movin’ Shadow
Furikire na kunaru kage
Sukoshi no bouken to
Kizutsuku yuuki mo aru desho oh…
Chikazukitai yo kimi no risou ni
Otonashiku narenai Can You Keep a Secret?
Kanashikunai yo kimi ga iru kara…
Can You Keep a Secret?
Can You Keep a Secret?
Chikazukenai yo kimi no risou ni
Ato ni wa modorenai Can You Keep a Secret?
Oshaberi janai to shoumei shite yo
Can You Keep a Secret? Or konomama Secret?
Ima made zutto himitsu ni shiteta
Dare nimo iwanaide Can You Keep a Secret?
Kanashikunai yo kimi ga iru kara
Can You Keep a Secret?
Can You Keep a Secret?
Kizutsukenai to yakusoku shitemo
Dare nimo wakaranai Can You Keep a Secret?
Kanashikunai yo kimi ga iru kara
Can You Keep a Secret? Or konomama Secret?

Farzami terus mengangkat mukanya. Dia rasa macam kenal sahaja suara yang menyanyikan lagu favouritenya itu. Farzami terasa Faritza menggenggam erat jari jemarinya. Farzami kelihatan agak terkejut melihat Faritza tersenyum kepadanya.
“Akhirnya awak sedar jugak.” Farzami menitiskan air mata kegembiraan. Hilang terus sifat ‘cool’nya selama ini.
“Ceh, ingatkan nak puji suara gua sebab nyanyikan favourite song lu. Papepun, don’t waste your tears for me.” Faritza mengesat air mata Farzami dengan tangannya.
“Saya bukannya nangis pasal awak. Saya cuma terharu dengar lagu Utada Hikaru dari mulut awak. Awak nyanyi memang sebijik sama macam Utada Hikaru. Kagum la jugak saya. Tapi, saya hairan la. Setahu saya la, awak tak minat langsung apa-apa yang berkaitan dengan Jepun, kan?” Farzami tak henti-henti bercakap kerana terlalu gembira.
“Memang la gua tak minat. Tapi, bila lu minat, kenalah gua minat sama. Gua buat nie semua untuk pikat lu. So, menjadi tak teknik memikat yang gua buat nie?” Faritza bertanya pada Farzami.
“Tak berapa menjadi. Awak kena cuba lagi.” Selamba sahaja Farzami menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Kek gua dulu tue, lu dapat tak? Gua tak sempat nak bagi lu hari tue.” Faritza teringat kembali pasal keknya dahulu.
“Dapat. Thanks for your cake. Sedap sangat kek awak tue dan terima kasih jugak pada kata-kata luahan hati awak yang awak selitkan tepi kek tue. Best!” Farzami.berasa gembira.
“Gua ada reka lagi satu kata-kata untuk lu, nak dengar tak?” Farzami mengangguk.

However many times it’s repeated
It revives again and again…because it’s love
You can’t blame my emotion
Because you should know it will never fade away.

“Amacam? Best tak? Tersentuh tak hati lu?” Faritza hairan kerana Farzami diam membisu macam orang yang sedang berkhayal.
“Farzami…Lu tak pape ke?” Faritza memegang bahu Farzami. Tiba-tiba, Farzami memeluk Faritza dengan erat secara mengejut. Faritza bertambahlah hairan.
“Lu nie kenapa, Farzami?” Faritza masih lagi ingin tahu.
“Baiklah. I accept you, Faritza. Awak dah berjaya pikat saya.” Faritza gembira mendengar kata putus daripada Farzami dan dia pun membalas pelukan Farzami dengan erat. Eee…tak malu betul diorang berdua nie kan? Dahlah peluk-peluk dalam hospital. Kena tangkap basah, padan muka!
“Ehem…ehem…ehem…Amboi…amboi…Sedapnya loving couple nie berpelukan.” Syakar memerli. Farzami dan Faritza cepat-cepat melepaskan pelukan masing-masing setelah ditegur sedemikan. Mereka berasa malu.
“Eh, bila masa korang masuk?” Faritza gelabah.
“Kitorang dah lama masuk. Pastu dapat pulak tengok citer Hindustan free tanpa bukak tv,” perli Afif.
“Papepun, thanks la pada Farzami sebab dapat sembuhkan Faritza. Kan, Afif?” Syakar mengenyitkan matanya pada Afif. Afif bersetuju dengan kata-kata Syakar.
“Okey arr. Kitorang balik arr sebab rasanya kitorang dah tak diperlukan kat sini buat masa nie.” Syakar dan Afif bergegas keluar dari wad itu. Faritza dan Farzami terpinga-pinga apabila ditinggalkan berdua-duaan oleh Syakar dan Afif.
“Nakal betul diorang tue.” Faritza tergelak mengingatkan gelagat kawan-kawannya sebentar tadi.
  
“Tak sangka, cepat betul masa berlalu. Dah sampai pun masanya untuk kita semua meninggalkan sekolah nie.” Faritza berkata pada Farzami ketika mereka sedang menghadiri satu majlis perpisahan bagi Tingkatan 5. Majlis perpisahan nie istimewa sangat sebab para pelajar Tingkatan 5 bolehlah membuat persembahan buat kali terakhir di sekolah itu. Pape persembahan pun takpe dan Faritza pun tak ketinggalan untuk menyertainya. Itu pun atas desakan Farzami.
“Dipersilakan pelajar bernama Faritza naik ke atas pentas untuk membuat persembahan.” Pengacara tersebut menjemput Faritza.
“Ingat, do the best for your friends.” Farzami memberi kata-kata semangat pada Faritza. Faritza melangkah dengan penuh gementar.
“Hello, everbody. Assalamualaikum. Berdirinya saya di sini….cewah, macam nak berpidato pulak. Saya, Faritza. Saya nak tujukan lagu nie khas untuk bestfriend saya iaitu Syakar dan Afif.” Faritza menuding jarinya ke arah Syakar dan Afif. Mereka berdua kelihatan terkejut. Faritza pun mula menyanyi.

Mou daijoubu shinpai nai to
Nakisou na watashi no soba de
Itsumo kawaranai egao de
Sasayaite kureta
Mada mada mada yareru yo
Datte itsu demo kagayaiteru
Toki ni wa isogisugite miushinau
Koto mo aru yo shikatanai
Zutto mimamotte iru karate egao de
Itsumo no youni dakishimeta
Anata no egao ni nando
Tasukerareta darou
Arigatou arigatou Best Friend
Konna ni takusan no shiawase
Kanjiru toki wa shunkan de
Koko ni iru subete no nakama kara
Saikou no purezento
Mada mada mada yareru yo
Datte itsu demo minna soba ni iru
Kitto ima koko de yari
Togerareru koto donna
Koto mo chikara ni kawaru
Zutto mimamotte iru karate egao de
Itsumo no you ni dakishimeta
Minna no egao ni
Nando tasukerareta darou
Arigatou arigatou Best Friend
Toki ni wa isogisugite miushinau
Koto mo aru yo shikatanai
Zutto mimamotte iru karate egao de
Itsumo no you ni dakishimeta
Anata no egao ni
Nando tasukerareta darou
Arigatou arigatou Best Friend
Zutto zutto zutto Best Friend

Keadaan di dalam dewan itu menjadi hingar bingar kerana tepukan daripada para pelajar. Semuanya begitu kagum dengan nyanyian merdu daripada Faritza. Faritza turun dari pentas dengan senang hati apabila mendengar tepukan gemuruh dari seluruh dewan itu.
“Kan saya dah kata, awak boleh buat punya.” Farzami sempat lagi memuji Faritza. Faritza tersenyum malu.
“Hey, Far. Sedapnya suara lu. Rasa cam nak makan jek. Camner lu boleh reti nyanyi lagu-lagu Jepun tue?” Syakar meninggalkan Syania dan terus datang mengacau Faritza.
“Ala, itu semua hasil tunjuk ajar daripada Farzami. Dia yang tolong pilih lagu tue dan ajarkan cara yang betul untuk gua nyanyi lagu tue.” Faritza berterima kasih sesangat pada Farzami.
“Itza, itu lagu ‘Best Friend’ nyanyian Kiroro, kan? Kiroro tue ada nyanyi lagu ‘Mirai E’ jugak. Lagu game PS2 Final Fantay IX.” Afif bercerita dengan penuh semangat.
“Entah…Ye arr kot.” Faritza menggaru-garukan tengkuknya tanda tidak berminat dengan topik itu.
“Haah…Betul apa yang kau cakap tue.” Farzami mengiyakan percakapan Afif.
“Hoi, pergi jemput ‘gurl-gurl’ korang tue datang sini. Ada ke patut tinggal diorang berdua camtu jek. Tengok diorang tercangak-cangak tak tau nak buat apa.” Faritza mengarahkan kawan-kawannya.
“Ala, biarkan diorang tue. Bagi diorang terbiasa duduk jauh-jauh dengan kitorang. Bila selalu berjauhan, mesti jadi semakin rindu-rinduan.” Syakar menjawab selamba sahaja.
“Eleh, berjauhan konon. Kena tinggal, frust menonggeng pulak nanti.” Faritza memerli.
“Ala, dapat la gua melawat pantai tue lagi.” Syakar tidak mahu mengalah berdebat dengan Faritza.
“Jangan nak merepek. Pergi arr kat ‘gurl’ lu tue. Jangan asyik nak melekat kat gua je.” Faritza menolak Syakar.
“Ala, lu nie. Gua nak manja-manja pun tak boleh.” Syakar mengadu.
“Jangan nak mengada. Gua nak bermanja dengan Farzami je, kan Farzami?” Faritza memeluk lengan Farzami. Farzami mengangguk dan mencuit hidung Faritza. Faritza tertawa kecil.
“Eleh, ingat dia sorang je ada couple. Dah arr, gua nak pergi bermanja dengan Syania. Chow…” Syakar dan Afif berlalu pergi.
“Wei, Kar. Gua nak ajak Adeefa gi makan. Lu berdua-duaan la dengan ‘gurl’ lu tue. Gua malas nak kacau.” Afif pun mengajak Adeefa pergi ke tempat makanan. Afif bersama Adeefa. Syakar bersama Syania dan Faritza bersama Farzami. Papepun, friendship mereka bertiga masih kekal walaupun mereka sudah ada pasangan masing-masing.

- THE END -